Khamis, 5 November 2009

Pusat DUN Gombak Setia & MPS meninjau masalah perparitan di Kg Simpang 3 & Bt 9 Gombak


IMG_7281


03hb November, 2009 – Pusat Khidmat DUN Gombak Setia bersama beberapa orang kakitangan pihak MPS dan penduduk setempat telah turun padang untuk membuat tinjauan mengenai masalah perparitan yang berlaku di Kg Simpang 3 & Bt 9 Gombak. Tindakan ini dibuat setelah mendapat aduan daripada penduduk mengenai masalah yang dihadapi dan permohonan agar dapat menaik taraf sistem perparitan tersebut.


IMG_7279


Pihak Jabatan Kejuruteraan MPS akan membuat kajian terlebih dahulu mengenai permohonan penduduk untuk menaik taraf perparitan di kawasan – kawasan yang bermasalah sebelum dilaksanakan.


Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan