Selasa, 17 November 2009

Lawatan kematian bangsa India oleh YB Dato’ Hasan di Desa Temenggong Pinggiran Bt Caves




15hb Nov, 2009 – Dalam kesibukan YB Dato’ membuat lawatan ziarah dibeberapa tempat beliau telah menerima maklumat mengenai kematian seorang penduduk berbangsa India di Desa Temenggong Pinggiran Batu Caves.

Setelah menjalankan tugasannya dengan menziarahi warga emas dan memenuhi undangan perkahwinan dibeberapa kawasan dengan tidak membuang masa beliau bersama Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia terus membuat lawatan ziarah kematian di kawasan tersebut.

Bagi beliau sebagai pimpinan harus menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat tidak kira waktu, bangsa dan agama kerana ini adalah amanah yang telah diberikan. Semoga kedatangan Yb Dato’ mengunjungi keluarga tersebut akan memberi kekuatan pada ahli keluarga dalam hadapi musibah dengan kehilangan ahli keluarga mereka.

Marilah kita sama-sama semak kembali dalam diri kita untuk menjadi seorang pemimpin iaitu di dalam Agama ISLAM ALLAH swt telah memberi garis panduan pada kita dengan begitu cantik sekali iaitu Sebagai pimpinan harus mempunyai ciri-ciri pimpinan yang baik dan diantaranya adalah Amanah, Fikiran cergas, Bijaksana, Memperluas pengalaman dan pengetahuan, Cepat memahami masalah dan menangani masalah tersebut dengan baik, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat, sentiasa kelihatan tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, seorang yang ramah dengan sesiapa sahaja, sedia menghulurkan bantuan dan pengasih. Semoga sifat-sifat tersebut ada pada diri kita juga bukan kepada pimpinan sahaja. Dengan garis panduan yang diberikan harapan penulis agar kita sama-sama dapat perbaikikan diri, akhlak, dan sentiasa perbetulkan niat apa juga kita lakukan semua kerana ALLAH swt dan adalah 1 ibadah. waallahhualam.



Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan