Selasa, 17 November 2009

Lawatan Ziarah warga Emas Desa Temenggong Pinggiran Bt Caves


15hb November, 2009 – Gombak, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah membuat lawatan penduduk di Desa Temenggong Pinggiran Bt. Caves.


Lawatan ziarah tersebut diadakan di rumah kediaman Pn. Lawayah Binti Hj. Ismail berusia 82thn. Beliau tinggal bersama anaknya Pn. Rosmi Abdullah berusia 49thn. Menurut anaknya, Ibu beliau menghadapi sakit tua selama 9thn. Semoga lawatan YB Dato’ kepada Pn. Lawayah akan merapatkan ukhwwah antara penduduk dan seorang pimpinan.

Sedikit santapan rohani untuk dikongsi bersama dalam Adab Memasuki Rumah dan menziarahi orang sakit iaitu :-

a)Lakukan ziarah ikhlas kerana ALLAH swt untuk menjalinkan silaturahim;

b) Ucaplah salam sebelum memasuki rumah. Jika sudah 3x memberi salam, tetapi tiada jawapan, maka hendaklah kita beredar berdasarkan anjuran Rasuallah s.a.w.;

c) Jika kita menziarahi rumah seseorang, masuklah hanya setelah diberi keizinan;

d) Jika kita menziarahi seseorang maka dahulukanlah dengan berjabat tangan;

e) Perkenalkan teman kita kepada tn. rumah;

f) Masuk dengan kaki kanan;

g) Tundukkanlah pandangan jika kita berada dirumah orang lain;

h) Jangan melakukan perkara yang tidak disenangi tuan rumah seperti mengintai-intai, menyelongkar atau sebagainya;

i) Jauhilah melakukan perkara yang haram seperti berjabat tangan dengan orang yang bukan mahram, mengumpat dan sebagainya;

j) Berbual-buallah dengan tuan rumah tentang topik-topik yang sesuai tanpa menyentuh isu yang tidak disenanginya;

k) Jangan duduk terlalu lama sehingga menyusahkan tuan rumah. Tempoh bertamu dalam ISLAM ialah 3 hari; Selepas itu tetamu hendaklah berusaha mencari tempat tinggal yang lain.


Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama untuk kita amalkan seperti mana yang ISLAM gariskan dan hendaklah disampaikan kepada saudara seislam yang masih tidak mengetahuinya. Pesan Nabi Muhammad saw ” sampaikan pesananku walaupun 1 ayat”.. waallahhualam.




Editor : Khaulah Azwar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan