Selasa, 24 November 2009

Notis Perayaan Hari Raya Aidiladha


Tuan /Puan,

Perkara di atas adalah di rujuk. Dengan ini kami daripada Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 ingin memaklumkan kepada tuan/puan bahawa pejabat kami akan mula bercuti pada 25hb November, 2009 bagi perayaan Aidiladha dan akan beroperasi semula pada 30hb November, 2009.

Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin buat semua umat ISLAM.

Semoga perayaan Aidiladha memberi pengajaran pada kita semua sebagai umat ISLAM tentang pengorbanan Nabi Yaacob a.s & Nabi Ismail a.s setelah mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya. Sifat baginda ini harus kita semua mencontohi setelah menerima arahan untuk mentaati perintah ALLAH swt dalam apa juga ibadah.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Editor : Khaulah Azwar

Isnin, 23 November 2009

YB Dato' Hasan Ali melihat & mendengar rintihan rakyat tinjauan di Tmn Perwira Jaya 1, Bt 6 Gombak


Gombak – Lawatan susulan YB Dato’ melawat penduduk di Tmn Perwira Jaya 1, Bt 6 Gombak petang semalam selepas menerima maklumat mengenai musibah yang menimpa penduduk apabila 4 buah rumah yang diduduki telah dilanggari sebuah lori” construction” pada 18hb November 2009 baru-baru ini. Mangsa yang terlibat adalah seorang ibu warga indonesia dan anaknya, dimana waktu kejadian anaknya bermain di kawasan luar rumah dan ibunya ingin menyelamat anak tersebut tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana lori tersebut begitu pantas turun ke bukit menuju ke kawasan rumah yang terlibat. Sehingga kini YB Dato’ dimaklumkan mangsa dan anaknya masih belum keluar daripada Hospital Selayang untuk rawatan secukupnya.

Untuk meringankan bebanan YB Dato’ telah menghulurkan wang sumbangan kepada 4 buah keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.

Ketibaan YB Dato’ memantau kembali kawasan yang terlibat disambut oleh beberapa orang penduduk yang hadir ketika itu dan mereka telah menemui YB Dato’ menceritakan hal yang sebenar dan kedudukan jalan / kawasan yang dahulu adalah pada mulanya 1 hala sahaja tetapi atas permintaan penduduk disitu mereka ingin membuka jalan lain sebagai jalan singkat untuk mereka menuju keluar bandar dengan lebih mudah. Tetapi atas tindakan yang sedemikian tanpa memikir panjang dan kesan kemudian hari kini telah melibatkan setiap bulan berlakunya kemalangan kepada sesiapa sahaja yang mengikuti jalan tersebut.

Menurut En Ahmad Mirza Bin Hamzah dan Pn. Hjh Hamsiah Bt Hj. Harif yang merupakan penduduk tetap disitu beliau menyatakan rumah beliau duduki adalah merupakan kawasan yang menjadi ketakutan pada ahli keluarga terutamanya pada waktu cuti sekolah apabila cucu, anak-anak pulang ke kg. mereka bermain dikawasan luar rumah. Rumah mereka sering sahaja menjadi tempat rawatan mangsa yang menimpa kemalangan dan kenderaan mereka acapkali mengalami pelanggaran jika penduduk yang melalui kawasan tersebut tidak berhati-hati untuk melalui kawasan itu. Dinding dan pintu pagar mereka sering mengalami kerosakan.

Selain daripada itu beliau menyatakan bahawa sewaktu dahulu sebelum PR mengambil alih Negeri Selangor, kawasan yang mereka duduki seperti sistem perparitan dikawasan ini tidak dinaiktaraf sehingga air longkang dan najis sering melempah di rumah mereka walaupun mereka sudah membuat aduan banyakkali tetapi tindakan oleh pihak tertentu hanya ibarat batuk ditangga sahaja. Dan kini mereka rasa menumpang gembira setelah pemerintahan PR, Masjid, sistem perparitan dinaiktaraf dan lain-lain kemudahan diberikan oleh pimpinan PR Negeri Selangor. Kerjasama yang dimainkan oleh Jawatankuasa penduduk dengan mengusulkan masalah mereka kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia untuk tindakan selanjutnya mereka rasa gembira dengan perubahan tersebut semenjak Pemerintahan PR inilah mereka dapat menikmati sedikit kesenangan yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Sumbangan Warga Emas, Pembayaran IPT, pengurangan pembayaran air di Negeri Selangor dan lain-lain yang telah mereka nikmati seperti yang telah dijanjikan dalam manisfesto semasa Pilihanraya umum lalu. Beliau amat berharap pimpinan yang dilantik, dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya kerana inilah amanah rakyat kepada semua pimpinan.

Setelah mendengar masalah ini Yb Dato’ telah mencadangkan dan meminta kerjasama JKP disitu iaitu En Amin dan beberapa penduduk dengan mengemukakan beberapa cadangan iaitu :-

i) Membuat Surat bantahan penduduk dengan mendapat tandatangan penduduk mengenai jalan dibina dan dicadangkan agar membuat jalan sehala sahaja agar tidak belaku kemalangan dikawasan tersebut kerana struktur pembinaan jalan adalah curam, merbahaya, dan sebagainya.

ii) Sistem perparitan dinaiktaraf agar air longkang tidak melimpah ke rumah penduduk sekitar tersebut.

YB Dato’ akan berusaha atasi masalah ini secepat mungkin dengan menghantar surat-surat yang telah dikeluarkan oleh penduduk sebelum ini sebagai rujukan dan tindakan susulan oleh pihak yang terbabit. Beliau akan mempercepatkan permohonan tersebut dengan mendesak MPS, JKR untuk ambil tindakan sewajarnya. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar itu.

Sedikit sentuhan santapan rohani bagi membina kekuatan kepada sesiapa yang ditimpa musibah, agar menjadikan Sabar jadi pakaian & redha diatas ujian yg diberi ALLAH pada kita, insya-ALLAH.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam mentafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.], wallahhualam.

KOLEKSI FOTO

YB Dato' meneliti surat-surat yang diberikan oleh penduduk kepada pihak MPS

YB Dato’ meneliti beberapa surat mengenai aduan yang diberikan oleh penduduk dan tindakan yang telah diambil oleh pihak MPS

Kakitangan PKM merangkap S/U Ahli majlis membuat liputan dan melihat sekitar tempat kejadian untuk diteliti lebih terperinci.Beliau telah diiringi oleh penduduk kawasan berkenaan.

Air longkang sering melimpah sebelum sistem perparitan dibuat .

Tindakan JKP dan PKM Dun Gombak Setia dengan menaiktaraf sistem perparitan.

Kawasan sportlight disini sering berlaku pertembungan kenderaan. Kawasan yang sempit dibuat 2 hala..

Sempat wartawan PKM mengambil foto apabila berlaku pertembungan kenderaan dilaluan tersebut.

laluan kereta menurun kawasan yang curam. jika hujan kadangkala kenderaan terbabas dan kenderaan terpelanting ke rumah penduduk yang berhampiran terutamanya rumah Hjh Hamsiah sendiri yang sering menjadi mangsa keadaan.


Kenderaan menaiki bukit yang curam dan sempit.

Temubual bersama Hjh. Hamsiah untuk membuat liputan dan harapan penduduk kepada YB Dato’ dan pimpinan PR.

Beliau menyatakan semasa sebelum pemerintahan PR beliau telah membuat aduan dan menunjukkan beberapa surat aduan ke MPS dan badan-badan tertentu untuk diambil tindakan diatas masalah yang dihadapi oleh penduduk tetapi pihak tersebut tidak memainkan peranan dan tindakan sewajarnya, adakah mereka ingin melihat rakyat disini menjadi mangsa keadaan selama-lamanya???. Semoga dengan pentadbiran YB Dato’ di Dun Gombak Setia & Exco Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya. Beliau bersama penduduk akan memberi kerjasama dengan PKM Dun Gombak Setia. Itulah rintihan hati Hjh Hamsiah dan beberapa orang penduduk disekitar tersebut dengan harapan agar YB Dato’ dapat menjalankan tangungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya walaupun berbagai isu yang dimainkan oleh media & pihak tertentu tetapi rakyat amat berharap YB Dato’ terus bersabar kerana inilah ujian ALLAH kepada pimpinan yang mentadbir negara untuk membentuk negara dengan makmur.

Antara 2 pilihan Perkahwinan & kematian (Tahniah & Takziah)


Musim cuti sekolah sudah tiba, dikesempatan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid. Alhamdulilah ijab kabul telah dilaksanakan oleh 2 mempelai (Saudara Yazdan Bin Mat Aris dan Syamimi) anak murid kepada penulis sendiri. TAHNIAH daripada kami dan Doa yang tulus semoga mereka mendapat keberkatan dalam mendirikan rumahtangga dengan melahirkan generasi so wa muslih dan keluarga sakinah daripada Yb Dato’,penulis dan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia.

Kedatangan beliau seiring dengan ketibaan Yb Dato’ Hasan bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia disambut oleh Ibubapa pengantin (En Mat Aris berbaju Ungu) untuk bersama meraikan majlis tersebut. Majis berlangsung di Dewan MPS Tmn Gombak Setia dan beberapa jemputan perkahwinan daripada penduduk dibeberapa tempat yang harus diukunjungi oleh beliau, disini semalam.

Dalam kesibukan mengunjungi majlis perkahwinan di Kg. Tengah 1 YB Dato’ Hasan dan kakitangan PKM telah dimaklumkan berita kematian di Kg. Tengah 2. Kematian yang melibatkan sebuah kereta yang hendak menuju ke Slim River, Perak. Tayar Kenderaan yang dinaiki telah pecah dan menyebabkan seorang mangsa perempuan meninggal dunia dan beberapa orang lain lagi mengalami kecederaan parah. Semua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital berdekatan di Slim River Dan jenazah telah dibawa pulang kerumah mangsa di Kg Tengah Gombak. Selepas menunaikan kunjungan majis perkahwinan YB Dato’ dan kakitanngan PKM terus menziarahi keluarga mangsa di Kg Tengah 2, Gombak, ucapan TAKZIAH buat ahli keluarga yang terlibat.

KOLEKSI FOTO

“Sabda Rasuallah saw” Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik sifatnya terhadap isteri-isteri mereka.” {H.R, Tirmizi: Hasan Sahih}


YB Dato & PKM di Majlis perkahwinan Saudara Yazdan & Syamimi di Tmn Gombak

Majlis perkhwinan di Kg Tengah. YB Dato’ bersama PKM dan rakyat yang leka berbual sambil menikmati juadah.

Mesra rakyat tidak kira dimana sahaja..

TAKZIAH buat ahli keluarga mangsa kemalangan di Kg Tengah 2. Al-Fatiha buat beliau moga rohnya ditempat didalam golongan para solihin.. sumbangan diberi untuk membantu ahli keluarga dalam pengurusan jenazah..

Editor : Khaulah Azwar

Sabtu, 21 November 2009

Golongan yang terpilih..Orang HEBAT

ORANG HEBAT!

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia).




Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.






sumber:harakahdaily

Khamis, 19 November 2009

Suara hati Ibu tunggal pokok tidak ditebas lagi oleh MPS..




18hb Nov, 2009 - Gombak rintihan hati seorang ibu tunggal mengenai kediaman beliau di GI/2A Kg Sri Gombak Indah telah menghadapi masalah kerana sudah banyak kali beliau menyuarakan masalah tersebut ke pihak MPS & pihak TMB yang tidak mengambil tindakan secepat mungkin dan secara efektif.

Ibu tunggal tersebut adalah Pn Khadijah Shaari berusia 53 thn yang mempunyai 6orang anak kesemua masih belajar lagi dan beliau hanya bekerja 3x seminggu sebagai seorang pencuci pejabat. Pendapatan beliau terima adalah sebanyak RM500 sebulan dan penerimaan wang zakat sebanyak RM250. Suami beliau telah meninggal dunia 10thn yang lalu kerana sakit kencing manis. Kini beliau yang bekerja keras untuk membayai persekolahan anak-anak dan meneruskan kehidupan beliau.

Masalah yang sering merungsingkan beliau adalah mengenai Pokok yang begitu besar tidak ditebas kerana setiap kali hujan apabila petir berlaku pokok-pokok tersebut sering terjatuh dibumbung kediaman beliau dan berlaku kerosakan. Selain daripada itu akibat pokok tersebut tidak ditebas maka telah menyebabkan wire/cable Elektrik tersebut sering tersangkut dan ini amat membimbangkan keselamatan ahli keluarga mereka apabila sembahan petir berlaku. Setelah acapkali disuarakan kepada pihak MPS & TNB yang tidak mengambil tindakan segera dan efektif maka beliau telah menyuarakan kerungsingan itu kepada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dan Yb Dato’ Hasan telahpun membuat ziarah kerumah beliau semasa penyampaian sumbangan Hari Raya Aildilfitri. Menurut beliau dan pengerusi JKP Zon 8 iaitu En Harun Bin Mat Hajar beliau telah suarakan masalah ini kepada Ahli Majlis MPS Zon 8 iaitu En Zuhadi untuk diusulkan kepada pihak MPS tetapi tindakan masih juga tidak diambil, sekiranya pihak MPS/ TNB datang mereka hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakan apa-apa. Itulah amat mendukacitakan tuan rumah dan En Harun juga.

Tindakan yang telah diambil oleh YB Dato’ selepas mendengar masalah ini bahawa beliau akan membawa usul tersebut ke MPS untuk tindakan segera, sekiranya tiada apa-apa tindakan juga maka beliau akan cuba membantu memberi sumbangan kewangan agar tn. rumah dapat mengupah pihak tertentu membuat cantasan pokok tersebut. Menurut En. Harun sudah 3x mereka membuat aduan di MPS & TMB tetapi akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan segera dengan mengusul masalah ini kepada Pej. Adun Gombak Setia. Beliau telah memberi maklumat no rujukan daripada pihak TMB iaitu U763VH tarikah laporan aduan adalah 7/11/2009, 12/11/2009 dan akhir bulan Oktober, 2009.

Semoga tindakan beliau dengan mengusulkan masalah ini kepada YB Dato’ dapat diatasi dengan segera agar tidak berlaku kecelakaan kepada penduduk dikawasan rumah tersebut. Harapan Pn Khadijah & En Harun semoga pihak MPS & TNB dapat memainkan peranan sebaik mungkin dan melakukan kerja lebih efektif. Kepada Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di pusat Khidmat dengan memberi layanan yang baik kepada masyarakat diucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan mereka terhadap semua penduduk.

KOLEKSI FOTO



Temuramah wartawan Pusat Khidmat merangkap S/U Ahli Majlis JKP Zon 11 membuat liputan.



Pn Khadijah menunjukkan kerosakan rumah beliau yang telah dihimpap pokok, siapakah yang akan mengganti rugi kerosakan tersebut???



“Cable” Elektrik yang bersangkut paut dengan pokok amat membimbangkan diri beliau dan ahli keluarga jika berlaku hujan lebat dan sembahan petir sudah pasti akan berlaku kebakaran.



Pokok yang telah tumbang di perkarangan rumah beliau, amat membahayakan keselamatan anak-anak dan penduduk persekitaran.


Wartawan Pusat Khidmat Membuat temubual Pengerusi JKP Zon 8 En. Harun Bin Mat Hajar.



Inilah pokok raksasa yang menjadi kebimbangan tn rumah dan penduduk. Pokok tersebut bukan milik beliau tetapi memang sekian lama wujud semenjak beliau pindah ke kawasan ini.





Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah Khamis Mlm Jumaat : Sifat Belas Ehsan bukti kesempurnaan Iman

MASYARAKAT Malaysia terkenal di serata dunia dengan budaya hidup serta budi pekertinya yang lemah lembut dan bersopan santun. Keadaan itu menepati ajaran Islam yang menganjurkan umatnya menghiaskan diri mereka dengan sifat terpuji.

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes penderaan dan penganiayaan di kalangan masyarakat Malaysia bermula kes penderaan anak, penganiayaan isteri atau suami dan penderaan terhadap pembantu rumah.

Rentetan peristiwa demi peristiwa menyedihkan ini sudah cukup menggambarkan betapa masyarakat Malaysia kini semakin kepupusan sifat kemanusiaan dalam sudut hati mereka. Bagi umat Islam, perbuatan penderaan dan penganiayaan dilarang keras kerana Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat iaitu belas kasihan.

Islam sebenarnya membawa misi keamanan, kedamaian, keharmonian, kemesraan dan rahmat kepada seluruh isi alam membabitkan semua makhluk yang menghuni alam ini termasuk binatang. Ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud: “Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada alam sejagat.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Justeru, bagi menjamin kedamaian dan rahmat terlaksana. Islam memerintahkan umatnya supaya menghiaskan diri mereka dengan sifat belas kasihan yang turut menjadi bukti kepada kesempurnaan iman seseorang kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Ujar sahabat: Kami semua sememangnya bersifat rahmat. Lantas Baginda SAW menjawab: Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat).” (Hadis riwayat Tabarani)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim bersifat belas kasihan dalam pergaulan seharian bersama sesiapa saja yang berada di sekelilingnya. Sifat semula jadi itu menjadikan manusia mudah berasa belas kasihan dan tersentuh apabila melihat kesusahan menimpa saudaranya dan begitu juga sebaliknya.

Jika perasaan seumpama itu tidak wujud dalam diri manusia, maka ia menurunkan taraf manusia lebih teruk daripada binatang, sedangkan binatang masih lagi memiliki perasaan belas kasihan terhadap anaknya sendiri.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, satu bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Daripada bahagian satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sebenarnya sifat rahmat merangkumi semua lapisan masyarakat terdiri daripada suami isteri, ibu bapa dan anak, majikan dan pekerja, sesama ahli masyarakat Islam dan antara pemimpin dengan rakyatnya kerana Islam adalah agama untuk semua tanpa mengira kedudukan dan taraf seseorang.

Dalam konteks kekeluargaan, suami isteri perlu bertolak ansur dan berbelas kasihan antara satu sama lain dalam menguruskan dan melancarkan perjalanan rumah tangga mereka. Ia selaras objektif perkahwinan dalam Islam iaitu untuk menyuburkan bibit kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri bagi mengecapi kebahagiaan sejati.

Allah berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Demikianlah Islam menggariskan panduan hidup untuk diteladani umat Islam supaya kerukunan dan keharmonian rumah tangga dapat diciptakan. Walaupun ada ketikanya rumah tangga bergolak, Islam menyediakan panduan penyelesaian bagi membebaskan diri daripada masalah itu.

Contohnya, jika isteri nusyuz iaitu tidak taat atau ingkar arahan suami dalam hal kebajikan dan makruf, Islam menetapkan tiga langkah suami mengatasi masalah itu iaitu pertama nasihat, kedua berpaling tempat tidur dan yang akhirnya, memukul dengan belas kasihan .

Islam tidak pernah memberikan hak atau kebebasan kepada suami memukul dengan kekerasan hingga mencederakannya atau mendera dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Sebaliknya Islam menyarankan suami menggunakan pendekatan berhemah dan berlemah lembut.

Ibu bapa yang mempunyai anak memikul tanggungjawab berat dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa perlu mempunyai sifat kasihan belas dalam proses pendidikan anak. Jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, hendaklah tegur dan betulkan kesalahannya dengan lemah lembut dan kasih sayang, bukannya memukul dengan kekerasan.

Dalam keadaan tertentu, anak boleh dipukul, tetapi biarlah dengan penuh kasih sayang dan tujuan untuk mengajar ke arah kebaikan. Rasulullah bersabda maksudnya: “Perintahkanlah anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lemah lembut dan kasih sayang untuk tujuan mengajar) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Anak perlu dibelai, ditatang serta diasuh dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, bukannya dengan kekerasan yang hanya akan menyebabkan anak semakin liar dan nakal. Perlu diingat gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat berpunca daripada kepupusan perasaan kasihan belas dan kemesraan dalam rumah mereka.

Justeru, apabila berlaku kesilapan atau kesalahan oleh anak, ibu bapa perlu menilai semula kemungkinan itu berpunca daripada kesilapan mereka yang gagal mewujudkan keharmonian rumah tangga seperti dituntut Islam.

Islam menganggap semua manusia sama saja daripada segi taraf dan kedudukannya. Oleh itu, majikan sebagai ketua perlu bertolak ansur dan belas kasihan terhadap orang bawahannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat sama ada pekerja, pelayan atau pembantu rumah.

Seorang ketua hendaklah bertimbang rasa apabila menyuruh orang bawahannya melakukan kerja dan memaafkan mereka terhadap apa juga kesilapan kecil dilakukan. Mereka juga mempunyai hak yang wajib ditunai dan mempunyai kelemahannya tersendiri.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Setiap hamba memiliki hak makanan dan pakaian serta janganlah dibebankan dengan amalan yang tidak mampu dilakukannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW itu, setiap pekerja perlu dilindungi dan diberi hak sama rata seperti manusia lainnya. Islam melarang keras terhadap sebarang bentuk penganiayaan dan penderaan dilakukan kepada pekerja.

Islam dari awal lagi diutuskan untuk menghapuskan sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan kepada golongan bawahan apabila mengharamkan perhambaan dan melarang keras kezaliman terhadap mereka. Sesiapa melakukan penderaan terhadap mereka, sesungguhnya dia melakukan amalan jahiliah terkutuk.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmonis dan bersatu padu, Islam menganjurkan umatnya supaya berbelas kasihan terhadap golongan fakir miskin dan yang tidak terdaya.

Demikianlah Islam sebagai agama bersifat rahmat kepada sekalian alam. Semua lapisan masyarakat perlu menghiaskan diri dengan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan masyarakat bersatu padu dan negara aman sejahtera.




Editor : Che Sue

Rabu, 18 November 2009

Permohonan Premis Perniagaan Baru MPS pasangan OKU





16hb November, 2009 - Gombak, Pasangan OKU iaitu En. Azman Bin Tain & Mariam Bee Bte Abd Samad telah menghadirkan diri di Pejabat Ahli Majlis JKP Zon 11, Tmn Selasih Fasa 2 dengan tujuan ingin meminta kerjasama dan sokongan daripada Pn . Khatifah Zamani Binti Sulong untuk memohon Premis Perniagaan Baru - Medan Niaga MPS dipersekitaran Gombak.




Sebelum ini En. Azman dan isterinya telah membuka perniagaan Jahitan di Tmn Samudera tetapi atas masalah peribadi maka beliau ingin menutup perniagaan di Tmn Samudera dan ingin membuka perniagaan di tempat lain. Beliau amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu mereka menguruskan permohonan ini secepat mungkin dengan memberi surat sokongan untuk dikemukakan kepada pihak MPS.

Menurut Pn. Khatifah sebagai Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11 beliau akan cuba membantu penduduk secara adil dan mengikut kelayakan yang ada pada mereka berdasarkan masalah yang dihadapi dan hak keistimewaan OKU.

Tindakan yang telah di ambil oleh Pn. Khatifah dengan mengeluarkan surat sokongan premis perniagaan baru yang dipohon oleh mereka dan beliau telah menghantarkan permohonan tersebut ke MPS pada mesyuarat Kemasukan Gerai MPS pada 17hb November, 2009 dan salinan tersebut telah diberi Yb Dato' Hasan Bin Mohamed Ali dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan ini dengan tidak merasakan diri mereka terasing sebagai warga OKU.




"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar