Khamis, 21 Januari 2010

Zon Bersih " Khatifah Zamani"




Gombak - Masalah gejala sosial semakin hari semakin meningkat dikalangan golongan remaja tidak kira bangsa dan agama. Oleh itu pengerusi JKP Zon 11 telah mengambil inisatif untuk membendong masalah tersebut dibawah Biro Keselamatan.

Ustazah Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS/Pengerusi JKP Zon 11 berkata masalah tersebut telah sekian lama menular dan sukar untuk diatasi, kerana tiada pemantauan yang kerap dilakukan lebih - lebih lagi aktiviti tersebut dilakukan sebelah malam. Jesteru itu setelah beliau diberi mandat sebagai Ahli Majlis MPS , Zon 11 ,b eliau bersama semua AJK JKP berhasrat ingin menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya terhadap masyarakat sekeliling dengan meminta kerjasama semua pihak berkuasa iaitu JAIS, Polis, Nazir Masjid , Pengerusi Surau dan Rukun Tetangga setiap kawasan agar bersatu hati untuk membenteras masalah gejala sosial. Beliau dan semua AJK JKP amat berharap gejala sosial ini dapat diatasi secepat mungkin dan harus dipandang serius daripada terus - menerus menular dalam masyarakat masa kini. Dibimbangi jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah secepat mungkin penyakit ini akan terus merebak dan imej M'sia akan terletak dalam senarai gejala sosial yang paling tertinggi berbeza di negara luar.



Beliau yang ditemuramah dalam mesyuarat JKP Zon 11 bersama Pengerusi Masjid & Surau baru -baru ini telah menyatakan bahawa Tahun 2010 adalah merupakan"Tahun Zon Bersih bagi Zon 11". Beliau tidak mahu masyarakat menganggap MPS dan Ahli Majlis hanya dikaitkan dengan masalah sampah dan longkang sahaja . Tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bukan semudah itu untuk dilaksanakan jika tidak memberi komitmen yang tinggi terhadap permasalahan masyarakat. Sebaliknya beliau merasakan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis merangkumi berbagai aspek yang harus dilaksanakan. Beliau berpegang kepada prinsip "Jika kita membantu orang, nescaya ALLAH membantu urusan kita juga,dan saya rasa gembira bila melihat masyarakat gembira apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya".

Oleh itu beliau berazam ingin meletakkan Zon 11 sebagai Zon Bersih. Bersih yang dimaksudkan disini ialah dari semua aspek iaitu sampah, masalah sosial, masalah rasuah yang berleluasa, bersih daripada maksiat serta bersih Jasmani dan rohaninya.

Selain daripada itu beliau amat berharap agar semua pihak dapat melaksanakan Amal Maaruf Nahi Mungkar dan tidak meletakkan bebanan kepada pihak Nazir Masjid, Jawatan Kuasa Surau ataupun JAIS sahaja. Ianya merupakan tanggunngjawab bersama masyarakat setempat apatah lagi institusi kekeluargaan yang perlu diperbaiki.


Untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar maka JKP Zon 11 telah bercadang akan menubuhkan 1 organisasi Keselamatan Berkelompok di Zon 11 yang melibatkan kawasan Tmn Samudera, Apartmen Casmaria, Apartmen Fiona, Tmn Selasih Fasa 2, dan Flat Samudera. Tujuan penubuhan oraganisasi tersebut adalah untuk mengatasi masalah sosial dari terus menular.

Ustazah Khatifah berkata lagi, kita sering kali mendengar masalah penduduk, terutamanya pecah rumah, pecah kenderaan, membuat maksiat samada di kawasan terbuka / tersembunyi, inilah yang menyebabkan pihak JKP Zon 11 ingin menyatukan tenaga bersama semua pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. Operasi ini harus dilakasanakan secepat mungkin dan pihak berkenaan akan membuat pemantauan disebelah malam mengikut jadual yang akan dirangka tidak lama lagi. Semoga dengan penubuhan Biro Keselamatan di bawah organisasi JKP Zon11 sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah yang timbul di kawasan yang terbabit.


Beliau melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kehadiran semua pihak ke mesyuarat malam tersebut dan memberi kerjasama, semangat yang tinggi dan sanggup meluangkan masa demi kesejahteraan masyarakat setempat. Beliau amat berharap agar matlamat untuk mewujudkan Zon Bersih akan tercapai.

Beliau telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir, jika pelaksanaan Keselamatan ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak insya-ALLAH anak -anak remaja termasuklah anak kita sendiri akan menjadi anak bangsa yang berguna di dalam masyarakat dan sebagai pewaris menerajui negara dimasa akan datang.

Ahad, 17 Januari 2010

Tugas AHLI MAJLIS, MPS BUKAN SEMUDAH ITU, TETAPI MEMBAHAGIAKAN JIKA DAPAT MENGEMBIRAKAN ORANG LAIN





Gombak - Tugas sebagai seorang Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 bukanlah semudah itu untuk dilaksanakan dengan begitu mudah lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan berbagai penduduk yang berbilang bangsa, agama & kefahaman politik yang amat berbeza.

Ramai orang yang beranggapan apabila dilantik sebagai Ahli Majlis, MPS ia akan berhadapan dengan masalah aduan penduduk yang berkaitan dengan sampah, permohonan gerai, masalah alam sekitar dan-lain yang berhubungkait dengan kerja-kerja MPS tetapi bagi saya apabila berada di dalam Ahli Majlis, MPS tangungjawab yang diberikanlah adalah berat kerana harus berdepan dengan berbagai ragam masyarakat. Kadangkala ada segelintir masyarakat yang tidak faham jika tidak mendapat bantuan mengikut garis panduan daripada pihak MPS maka mereka akan memberi berbagai ugutan kepada pihak Ahli Majlis yang diberi mandat menjalankan tanggungjawab di zon masing-masing. Walaubagaimanapun pihak kami yang diberikan amanah oleh pimpinan kerajaan Negeri dan pihak MPS akan cuba menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya untuk membantu rakyat seadilnya.

Ketika ditemubual beliau menyatakan selama ini, beliau tidak pernah bekerja selepas tamat pengajian tetapi setelah berumur 40an dan mempunyai 6 orang cahaya mata saya diberi mandat oleh pimpinan untuk menerima tugasan & tanggungjawab di dalam Ahli Majlis, MPS, walaupun pada mulanya saya rasa berat untuk memikul tanggungjawab ini lebih-lebih lagi tiada pengalaman bekerja tetapi apabila difikirkan untuk kebaikan dan amal jariah saya kepada masyarakat maka saya menerimanya. Dalam satu hadis ada menyatakan "Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah saw antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah) ".

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Ingin sekali saya berkongsi sedikit peringatan daripada puncuk pimpinan kami dalam PAS iaitu Dato' Tn Ibrahaim Tn Man sering mengingatkan kepada kami dengan peristiwa

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur
‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya:

‘Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

Alhamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga akhirnya.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab:

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita".

Beliau berkata lagi apabila berhadapan dengan penduduk beliau merasakan sebagai satu khidmat yang perlu diberikan dengan baik terutamanya apabila penduduk yang mengadu masalah rumahtangga. Apabila mereka minta pandangan dan nasihat. Disini saya dapat berkongsi pendapat dan membantu menenangkan keadaan mereka dengan sebaiknya. Dengan melalui pengalaman mereka maka saya jadikan panduan hidup yang banyak mehnahnya. Beliau merasakan terlalu gembira apabila dapat mengembirakan hati orang apabila dapat memberi khidmat, mungkin tidak wang ringgit tetapi khidmat yang saya berikan pada mereka dan segala sokongan untuk mendapat kelulusan daripada saya dalam sebarang permohonan untuk kebaikan mereka. Jika kita bantu menyelesaikan masalah orang lain insya-ALLAH urusan kita jg dimudahkan. Hidup untuk memberi. Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain mungkin hanya dengan kata-kata, senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.

Walaubagaimanapun apabila berada di dalam Ahli Majlis, bagi Pn Khatifah Zamani Sulong beliau tidak meletakkan dirinya didalam mana-mana parti kerana prinsip beliau yang hanya meletakkan diri sebagai pekerja yang telah diberi amanah & mandat oleh pimpinan dan kerajaan Negeri Selangor. Didalam melaksanakan tanggungjawab ini saya harus melakukan dengan adil kepada semua orang tidak kira bangsa, agama & kefahaman politik yang berbeza.

Amanah yang diberika pada saya oleh pimpinan insya-ALLAH saya akan laksanakan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak. Mendekati & menangani masalah masyarakat adalah satu tanggngungjawab saya disini tetapi kadangkala sering juga diuji dengan ragam masyarakat yang kadangkala hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain. Oleh itu sebagai orang yang bertanggungjawab dalam Ahli Majlis Zon 11 saya harus memainkan peranan sebaiknya tidak membuat sebarang keputusan mendadak setiap apa yang berlaku. Alhamdulilah urusan saya di sini dimudahkan lebih-lebih lagi mempunyai P.A (Khaulah Azwar) yang banyak membantu gerakkerja saya dan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran. Kecekapan beliau dalam menjalankan tugas amat saya kagumi dan dihargai. Semoga beliau dan AJK JKP Zon 11 juga diberi kekuatan dalam memikul tanggungjawab ini bersama saya dengan sebaiknya untuk membantu rakyat. Tanpa kerjasama semua pihak mungkin saya tidak dapat memainkan peranan sebaiknya.


Temubual yang dilakukan apabila beliau dapat membantu seorang penduduk warga india yang ingin mendapat sokongan daripada beliau untuk mendapatkan Gerai bagi meneruskan kehidupan mereka yang sempit. Pendapatan suami yang rendah dan mempunyai anak 6 masih brsekolah. Beliau menyatakan Mrs Radha merupakan Guru Yoga yang membuat kelas di Dewan Masyarakat Flat Samudera. Tetapi kelas tersebut kini semakin berkurangan dan tidak mendapat sambutan lagi. Mrs Radha merasa tertekan dengan keadaan lebih-lebih lagi pendapatan keluarga terlalu rendah dan tidak mampu membantu suaminya lagi. Oleh itu Mrs Radha amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu beliau untuk mendapatkan gerai perniagaan agar mereka dapat meneruskan kehidupan demi anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Pertemuan bersama Mrs Radha dan anaknya di pej Ahli Majlis Di Tmn Selasih Fasa 2 pada ptg semalam begitu tersentuh hati oleh Pn Khatifah bersama P.A beliau Khaulah Azwar apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh Mrs Radha. Bagi pihak Pn Khatifah beliau akan cuba membantu sedaya upaya untuk meringankan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh beliau sekeluarga.

Jelas kelihatan kegembiraan diwajah Mrs Radha apabila beliau telah mendapat bantuan sokongan permohonan gerai daripada Pn Khatifah dan beliau amat menghargai setiap apa yang dilakukan oleh Pn Khatifah terhadapnya.

Beliau menyatakan lagi inilah baru pertama kali saya berurusan dengan seorang Ahli Majlis MPS yang begitu perihatin, tutur bicara yang lembut dan memberi ketenangan dan semangat pada saya. Saya amat berharap beliau dapat meneruskan khidmat di dalam Ahli Majlis ini selama-lamanya kerana saya yakin bukan saya sahaja yang rasa gembira apabila bertemu dengan beliau malahan sudah pasti ramai penduduk di sekitar Zon 11 yang telah berurusan dengan beliau merasa gembira dengan perwatakan, pertolongan yang diberikan. Saya lihat Pn Khatifah adalah orang yang benar-benar bertanggungjawab & amanah didalam tugasannya lebih-lebih lagi apabila pertemuan saya dengan beliau sudah 3x kami ingin bertemu tetapi tidak dapat kerana jadual beliau begitu padat dan apabila tergendala beliau terus hubungi saya dan mohon maaf kerana tidak dapat bertemu. Apabila ini berlaku hati saya berkata-kata saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang sedemikian. Tetapi kini saya telah bertemu dengan orang yang benar-benar jujur dengan masyarakat dalam taanggungjawab yang diberikan. Dan saya lihat beliau dan P.A nya begitu mesra dan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas amat saya kagumi.


Dengan hati yang ikhlas saya ingin merakamkan Tahniah kepada beliau sendiri atas sikap yang ada dalam diri beliau dan kepada pihak pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan MPS saya amat berharap beliau dapat meneruskan khidmat ini sehingga akhir dalam Ahli Majlis agar rakyat merasa bahawa kita mempunyai calon-calon pimpinan yang beribawa untuk menerajui negara ini dengan sebaiknya.

Jumaat, 15 Januari 2010

Yang sakit diziarahi - Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS



Gombak - Didalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis, MPS Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong masih mempunyai waktu utuk menziarahi Pn. Rohayati Hashim yang merupakan muslimat veteran PAS di Kaw. Gombak. Walaupun beliau telah berusia tetapi masih aktif dalam gerakan jemaah PAS. Beliau seisi keluarga telah mengalami musibah kemalangan di Temerloh Pahang baru-Baru ini.


Lawatan Ziarah oleh Ahli Majlis, MPS yang diiringi oleh Pn. Dr. Azimah bersama AJK Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak terhadap Pn. Rohayati Hashim sekeluarga di HUKM, Cheras. Beliau mengalami kecederaan patah kaki yang serius. Manakala suami beliau telah pulang kerahmatuallah ditempat kejadian dan anak sulong beliau mengalami cedera parah.



Kunjungan daripada sahabat-sahabat yang terdiri daripada muslimat PAS Kaw. Gombak tidak putus arus apabila menerima berita kemalangan yang berlaku keatas diri beliau sekeluarga. Ketibaan sahabat-sahabat seperjuangan yang menziarahi beliau tetap disambut dengan senyuman meskipun jelas kelihatan beliau begitu lemah. Setiap orang yang menziarahi beliau pasti amat terharu apabila mendengar segala kata-kata beliau dimana dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih lagi memikirkan kekuasaan & kebesaran ALLAH swt mengenai ilmu perubatan yang kini semakin canggih lebih-lebih lagi apabila kulit kaki beliau hanya akan ditampal sahaja kalau hendak dibandingkan zaman dulu. Beliau berkata lagi bahawa terlalu bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Begitulah semangat yang ada dalam diri beliau walaupun seisi keluarga ditimpa musibah namun beliau mempunyai semangat kental dan masih lagi boleh berfikir secara positif.



Pn. Khatifah berkata setelah melihat diri Pn Rohayati yang terlantar dalam Hospital beliau begitu kagum dengan semangat dan kekuatan jiwa yang ada pada diri sahabatnya. Sebagai sahabat seperjuangan beliau merasa berat mata memandang menyaksikan musibah yang menimpa Pn Rohayati sekeluarga. Kalau iman tidak kuat pasti ada yang tidak redha dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang sama kita kehilangan suami. Hanya doa kami panjatkan agar beliau dikurniakan kekuatan iman dan sabar dalam hadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Khamis, 14 Januari 2010

2010 Pemantapan Gerakkerja Menghadaoi PRU Ke 13


Gombak – Sebagai pimpinan yang diberi amanah didalam Exco Kerajaan Negeri / Adun Gombak Setia, YB Dato’ telah mengemaskini segala perancangan gerakkerja yang lebih efektif agar beliau lebih mudah dapat meluangkan masa bersama Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis MPS/ JKP Zon 11 (Pn. Khatifah Zamani Sulong), Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg. dengan memantau segala tugasan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


Prinsip beliau yang amat berpegang teguh dengan pengurusan masa adalah amat dijagai agar apa yang dirancang tidak tersasar . Oleh itu beliau telah menetapkan semua kakitangan PKM Dun GS, Ahli Majlis Zon 11, pentadbiran masjid/surau, Ketua-Ketua Kg dibawah pentadbiran beliau WAJIB diadakan pertemuan 1 minggu sekali setiap hari selasa secara rasmi untuk memastikan agar segala pemasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti dan dapat diatasi sebaiknya. Selain daripada itu agar hubungan 2 hala antara Majikan, dan sebagai wakil rakyat di gombak terjalin lebih rapat lagi dengan membuat pertemuan atau proram bersama rakyat. Bagi beliau kesibukan di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang beliau untuk bersama kakitangan atau bersama rakyat di Gombak Setia.


Beliau tetap akan meluangkan masa bersama rakyat setiap hujung minggu di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan jika tiada urusan yang lebih penting beliau akan turun padang untuk bertemu penduduk sekitar gombak.

Bagi beliau 2010 adalah merupakan tahun memartabatkan parti PAS agar terus mendapat sokongan berbagai bangsa dan agama yang penting tunduk dan perjuangan parti. Untuk mencapai kearah itu haruslah kita mengemaskini semua gerakkerja dan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan PR memperolehi kemenangan yang besar pada PRU ke 13 akan datang. Beliau berkata lagi gerakkerja PRU sudah harus dimulakan dan semua jentera Ahli PAS/Kelab Penyokong PAS / PKR /Pemuda PAS, Muslimat PAS Gombak, Nisa’ Gombak tidak harus menangguhkan masa lagi dengan melengahkan segala gerakkerja P.Raya. Setelah usaha dengan bersungguh-sungguh kita berserah kepada ALLAH swt samaada menang/kalah itu bukan alasannya tetapi menjalankan tangungjawab kita sebaiknya setelah diberi amanah oleh pimpinan dan rakyat pada kita.


Kata-kata beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua yang hadir dalam mesyuarat baru-baru ini di pej PKM agar mereka tidak terleka kerana masa beredar begitu pantas dan secara tidak sedar kita akan berhadapan dengan tahun baru dan penentu masa depan negara samada PR terus kekal/sebaliknya. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar semua ahli pas, kelab penyokong PAS dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebaiknya insya-ALLAH beliau akan sentiasa memberi komitment yang tinggi bagi membantu segala gerakkerja.


Editor : Khaulah Azwar

JANGAN TOLAK SETELAH DIAMANAHKAN JANGAN REBUT SAMPAI BERKEMPEN

Bahang2 PR kampus, pemilihan pimpinan di masjid/surau kini semakin terasa. Begitulah juga tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan PRU ke-13. Apakah persiapan kita untuk menghadapi PRU ke 13 dalam menentang musuh2 ISLAM terutamanya pihak BN/UMNO??

Bangunlah wahai ansaruallah shbt2 yg telah diberikan amanah dalam pimpinan saf2 Ulama' Dewan pemuda, Dwn Muslimat, Nisa', kelab penyokong PAS, PKR jentera2 yg telah diberikan amanah begitulah juga shbt2 yang berada didlm Ahli Majlis..ayunkan langkah kalian dgn perhebatkan segala perancangan gerakkkerja.. Ingatlah jika seminit kita lalai.. musuh ISLAM akan memasuki penjuru2 begitu mudah sekali.. . Semoga pemilihan pimpinan terbaru adalah tulus & BERSIH.. dan menjalankan amanah dgn sebaiknya..Sebelum tiba masa pemilihan ini marilah kita sama2 mengikuti penulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai panduan kita..insya-ALLAH..

Berikut tulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur
‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya:

‘Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
(Nauzubillah) .

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab:

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.


Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh