Khamis, 14 Januari 2010

2010 Pemantapan Gerakkerja Menghadaoi PRU Ke 13


Gombak – Sebagai pimpinan yang diberi amanah didalam Exco Kerajaan Negeri / Adun Gombak Setia, YB Dato’ telah mengemaskini segala perancangan gerakkerja yang lebih efektif agar beliau lebih mudah dapat meluangkan masa bersama Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis MPS/ JKP Zon 11 (Pn. Khatifah Zamani Sulong), Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg. dengan memantau segala tugasan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


Prinsip beliau yang amat berpegang teguh dengan pengurusan masa adalah amat dijagai agar apa yang dirancang tidak tersasar . Oleh itu beliau telah menetapkan semua kakitangan PKM Dun GS, Ahli Majlis Zon 11, pentadbiran masjid/surau, Ketua-Ketua Kg dibawah pentadbiran beliau WAJIB diadakan pertemuan 1 minggu sekali setiap hari selasa secara rasmi untuk memastikan agar segala pemasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti dan dapat diatasi sebaiknya. Selain daripada itu agar hubungan 2 hala antara Majikan, dan sebagai wakil rakyat di gombak terjalin lebih rapat lagi dengan membuat pertemuan atau proram bersama rakyat. Bagi beliau kesibukan di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang beliau untuk bersama kakitangan atau bersama rakyat di Gombak Setia.


Beliau tetap akan meluangkan masa bersama rakyat setiap hujung minggu di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan jika tiada urusan yang lebih penting beliau akan turun padang untuk bertemu penduduk sekitar gombak.

Bagi beliau 2010 adalah merupakan tahun memartabatkan parti PAS agar terus mendapat sokongan berbagai bangsa dan agama yang penting tunduk dan perjuangan parti. Untuk mencapai kearah itu haruslah kita mengemaskini semua gerakkerja dan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan PR memperolehi kemenangan yang besar pada PRU ke 13 akan datang. Beliau berkata lagi gerakkerja PRU sudah harus dimulakan dan semua jentera Ahli PAS/Kelab Penyokong PAS / PKR /Pemuda PAS, Muslimat PAS Gombak, Nisa’ Gombak tidak harus menangguhkan masa lagi dengan melengahkan segala gerakkerja P.Raya. Setelah usaha dengan bersungguh-sungguh kita berserah kepada ALLAH swt samaada menang/kalah itu bukan alasannya tetapi menjalankan tangungjawab kita sebaiknya setelah diberi amanah oleh pimpinan dan rakyat pada kita.


Kata-kata beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua yang hadir dalam mesyuarat baru-baru ini di pej PKM agar mereka tidak terleka kerana masa beredar begitu pantas dan secara tidak sedar kita akan berhadapan dengan tahun baru dan penentu masa depan negara samada PR terus kekal/sebaliknya. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar semua ahli pas, kelab penyokong PAS dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebaiknya insya-ALLAH beliau akan sentiasa memberi komitment yang tinggi bagi membantu segala gerakkerja.


Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan