Sabtu, 13 Mac 2010

UMNO GOMBAK GERUN DENGAN PKM DUN GOMBAK SETIA & JKP Zon 11

Gombak – Pembangunan masyarakat dengan objektif untuk memupuk nilai positif, menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang etnik serta menanam semangat berdikari akan terus dilaksanakan.

Pertemuan Adun Gombak bersama penduduk untuk memberi khidmat kepada masyarakat telah diadakan di PKM DUN Gombak Setia bersama kakitangan dan agensi-agensi yang terlibat bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Dengan kedatangan berbagai masyarakat tidak mengira bangsa dan agama telah membuatkan pihak lawan (UMNO) gombak semakin menjadi gerun lebih-lebih lagi apabila setiap hari tanpa mengira waktu pejabat PKM Dun Gombak Setia mendapat kunjungan dan tumpuan rakyat untuk mendapat khidmat Adun.

Ketakutan ini telah membuatkan UMNO sering sahaja mencetuskan berbagai provokasi pada pihak Ahli Majlis MPS Zon Gombak dan kakitangan yang lain.

Walaubagaimanapun bukan menjadi gentar kepada kakitangan apabila mendapat berbagai ugutan. Bagi mereka ini adalah satu tarbiyah/ didikan yang ALLAH berikan pada mereka untuk berhadapan dengan pihak lawan biarpun diberi berbagai fitnah, namun tidak akan berundur untuk meneruskan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat masyarakat.

Pertemuan YB Dato’ baru-baru ini bersama Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketu-ketua Kg. Nazir, Polis, PEKIM, MPS, Pej. Tanah, penduduk dan lain-lain agensi adalah untuk mendapat kerjasama semua pihak untuk membantu rakyat yang merasakan diri mereka ditindas oleh golongan-golongan tertentu.

Alhamdulilah perjumpaan kali ini telah dapat menyelesaikan secara terbaik dalam 9 kes yang berkaitan dengan kehidupan harian pada setiap masyarakat diantaranya adalah Permohonan Penyelesaian urusan hak milik tanah, Permohonan milik tanah kawasan Buloh Akar Mukim Setapak, Aduan penduduk tanah secara tidak sah, aduan ancaman dan keselamatan, permohonan lesen perniagaan dan lain-lain isu yang berbangkit.

YB Dato’ Hassan berkata, “Inilah peranan Pusat khidmat masyarakat (PKM) di setiap negeri pakatan rakyat dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Pusat Khidmat bukan hanya tempat meminta atau menerima bantuan kewangan sahaja tetapi dengan adanya pusat khidmat ini, masyarakat boleh membuat pelbagai aduan, permohonan, dan khidmat nasihat. Insya-ALLAH kakitangan yang dilantik akan memberi khidmat sebaiknya pada masyarakat walaupun parti yang berbeza” ujarnya setiap kali mengadakan pertemuan bersama kakitangan dan pertemuan bersama rakyat.

Harus kita semua perhalusi maksud V I S I, MISI dan Objektif PKM Dun Negeri Selangor iaitu Visi Selangor Negeri Idaman, Maju Dan Sejahtera, Misi Menguruskan Kesinambungan Kejayaan Negeri Maju Melalui Perkhidmatan Yang Mesra, Mudah, Cepat Dan Tangkas Selaras.

O B J E K T I F ›

Merancang dan mengendalikan urusan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta hal ehwal Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan jabatan secara cekap, cepat dan berkesan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Timb. Penerangan PKM Dun Gombak Setia (Khaulah Azwar) menyatakan walaupun beliau sering sahaja menerima berbagai provokasi daripada pihak lawan baginya itu perkara biasa namun dalam kebiasaan itu harus pihak kakitangan PKM, JKP setiap Zon Gombak, Jentera-jentera PAS memainkan peranan jangan kita hanya mendiamkan diri, perligatkan gerak kerja kita yang kini pihak lawan akan buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat kembali terutamanya Negeri Selangor sentiasa menjadi tumpuan dan Gombak adalah sasaran yang hebat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor sengaja digambarkan sebagai lemah, lesu dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat”.

“Bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap parti yang memerintah yang sengaja diputar belitkan oleh pihak tertentu, terutama isu-isu tempatan maka peranan Muslimat sangatlah penting,” ujarnya.

Ustazah Khatifah, turut menyeru agar Muslimat agar mengadakan perjumpaan yang lebih kerap lagi dan mengadakan berbagai program di masjid-masjid, hidupkan markaz-markaz berdekatan supaya masyarakat mendapat manfaat dan muhibah daripada program berkenaan.

Menurut Khatifah, Ahli Majlis MPS Zon 11 / Timb. Ketua Muslimat PAS Gombak , dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak menaruh dendam terhadap musuh politiknya, bahkan bersedia duduk berbincang mengenai kepentingan orang ramai bahkan beliau berkata sudah lali dengan propaganda yang dimainkan oleh UMNO, dan rasa tidak perlu dilayan. Kita teruskan kerja dan amanah yang diberikan oleh Pimpinan Kerajaan Negeri pada kita sebaiknya.

Mereka “jelous” pada parti PAS dan JKP Zon 11, apabila dilihat kaw. gombak kerap mengadakan berbagai program bersama rakyat yang semakin hari mendapat sambutan baik pada masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Mereka timbulkan berbagai propaganda buat kita jadi lemah tetapi insya-ALLAH, dengan kekuatan iman, kesatuan hati jemaah kita dalam bekerja mencari keredhaan ALLAH dengan menyampaikan dakwah dan berbagai informasi tidak membuat kita cepat melatah dan berundur sebaliknya mereka akan penat bercakap dan bertongkat dagu tepuk dahi sebab perang saraf mereka tidak menjadi, isnya-ALLAH.

Ini maknanya mereka jelous/irihati kerana tidak dapat memberi khidmat terbaik pada masyarakat semasa pemerintahan mereka. Mereka menyatakan PR memerintah hanya mengaut keuntungan tetapi itu adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Tiada keuntungan yang kami ambil malahan apa yang kami dapat diberi kepada rakyat kerana itu hak rakyat. Yang mengaut keuntungan adalah pihak mereka semasa memerintah dengan mengambil kesempatan setiap keuntungan yang diberi dan akhirnya rakyat menangggung risiko atas sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Insya-ALLAH, Tarbiyah dalam ahli jemaah PAS adalah sangat mantap sudah diajar dengan kesusahan setiap apa yang kita lakukan. Malahan setiap kali ingin mengadakan program dan PRU, jemaah PAS bersatu hati sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk mengumpul berbagai dana untuk buat persiapan.

Jadi inilah keistimewaan kita, itu sebab mereka sedaya upaya jatuhkan kita dalam PR, inilah ujian dan kita jangan mudah melatah dengan provokasi murahan mereka.

Inilah antara peluang kita mendampingi masyarakat setempat. Begitu juga dengan peranan Pusat Khidmat Masyarakat dan JKP yang ditubuhkan setiap zon teruskan gerakkerja dengan mantap jangan terleka.

Saya lihat tiada ‘khidmat’ yang di sumbangkan selain sampul berisi wang ehsan, menjaga kebajikan rakyat. Maksud saya , biarlah masyarakat nampak ‘peranan’ Pusat ini . Janganlah Pusat Khidmat Masyarakat ini jadi macam ‘Pusat’ diperut kita – tersorok dan dilindungi sebagai anggota ‘aurat’ tubuh badan kita!

Alangkah besarnya hati kita, apabila orang melihat kehebatan jemaah kita yang selama ini bercakap tentang : NEGARA KEBAJIKAN , UKHWAH ISLAMIYAH , Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing TOK Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang, MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut berkejar ke residensi MB untuk mengucapkan takziah kepada mereka.

Memang kita hebat berkokok. Berkokoklah seterusnya hingga saat umno menyembeleh kita semua ujarnya sambil tersenyum.

Editor : Khaulah Azwar

Kejayaan & Kekayaan Negeri Selangor di Kongsi Bersama





Gombak – Kegembiraan dan keceriaan terserlah diwajah para pelajar, ibubapa/penjaga yang hadir untuk bersama YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali bagi meraikan semua para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, PSRA, UPSR sesi 2009.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan di Padang Pinggiran Batu Caves dan dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali . Turut memeriahkan suasana ini Datin Sabariah (Isteri YB Dato’ Hassan), En. Radhi Yusoff / Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Ustazah Khatifah Zamani Sulong & En. Rahim Kasdi, Ahli Majlis MPS Zon Gombak Setia.

Seramai 132 orang yang telah menduduki PMR memperolehi 8A, Bagi PSRA yang memperolehi Mumtaz /Cemerlang seramai 34 orang, manakala 5A yang menduduki UPSR seramai 215 orang di seluruh Sekolah Daerah Gombak Setia.

Secara keseluruhan Seramai 381 orang pelajar diraikan kejayaan mereka dengan begitu meriah sekali. Setiap pelajar diberi wang sumbangan dan sijil penghargaan daripada Adun Gombak Setia.


Majlis yang telah berjaya diadakan bukan sahaja menjayakan program Anugerah Pelajar Cemerlang tetapi diadakan juga program Hari Kesihatan percuma yang dihadiri oleh Panel-Panel Doktor yang dilantik.

Selain daripada itu, terdapat berbagai kaunter seperti Semakan Daftar Pemilih, Keahlian PAS, TAWAS, Unit Amal dan lain-lain dibuka.

Terdapat juga gerai jualan seperti makanan dan jualan buku motivasi untuk anak-anak, menangani pelajar bermasaalah, kekeluargaan dan berbagai-bagai lagi hasil penulisan karya daripada YB Dato’ Hassan sendiri.

Kee See Wei yang memperolehi 8A PMR, 2009 daripada sekolah SMK Selayang Baru berkata, beliau sangat gembira kerana inilah baru pertama kali diraikan oleh pihak Adun/Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ibunya yang hadir bersama untuk meraikan kejayaan anaknya melahirkan kegembiraannya dan menyatakan, sebelum ini anaknya yang memperolehi sebanyak 6A dalam UPSR yang lalu tidak diraikan mana-mana pihak tetapi sekarang sudah banyak berubah lebih-lebih lagi apabila Kerajaan PR memerintah, harap perkara yang kearah kebaikan harus diteruskan agar rakyat sentiasa dihargai.


Kauceelyaah a/p Subramaniam yang memperolehi 7A dalam PMR daripada sekolah SMK Hilcreast, beliau yang hadir bersama ahli keluarga turut merasa gembira kerana diraikan oleh pemerintahan kerajaan Negeri Selangor dan pihak Adun yang sentiasa menghargai para pelajar yang telah menduduki peperiksaaan. Bahkan beliau sentiasa mengikuti program – program yang dianjurkan oleh Adun Gombak Setia untuk memperbaiki diri dengan mengikuti program-program motivasi yang telah dianjurkan. Ini menunjukkan kerajaan Negeri Selangor begitu perihatin terhadap rakyat seluruh m’sia khususnya di Negeri Selangor.

Nadi Najmi Annas yang memperolehi 5A dalam UPSR daripada Sek.Ren. Keb. Tmn Seri Gombak 2, melahirkan kegembiraannya. Beliau berkata program ini adalah 1 langkah positif .


PAS / Adun Gombak Setia telah menunjukkan sifat keperihatinan mereka bagi meraikan semua para pelajar, ini yang membuat kami begitu semangat untuk pertingkatkan usaha kami agar belajar lebih tekun lagi. Harapan kami agar pimpinan ini dikekalkan agar rakyat terbela.

YB Dato’ Hassan dalam ucapannya telah memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa beliau yang baru selesai mengikuti program Larian Bandar Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Di Sg Klang mengenai perkembangan Menjana Ekonomi Selangor (MES) dalam membantu rakyat Selangor iaitu Kerajaan Selangor telah memilih empat syarikat untuk menjalankan Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang yang menjadi tumpuan utama dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.

Empat syarikat itu ialah TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering & Construction, Wessex Water i-Berhad Consortium dan DPZ Asia Sdn Bhd.

Empat syarikat ini dipilih daripada 37 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri sejak Oktober tahun lalu.

Empat syarikat ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran teknikal dalam kerja membersih, memulihara dan membangunkan sungai selain mempunyai kewangan yang kukuh.

TSS-Mako adalah syarikat usaha sama antara syarikat tempatan dengan tiga firma kejuruteraan terbesar dari Korea.

Syarikat ini mempunyai pelbagai pengalaman menguruskan projek membabitkan sungai termasuk projek penyelenggaraan Sungai Han Selatan, Projek Terowong Pelayaran Seoul-Incheon dan Terminal Kontena Gemalink Fasa Satu di Vietnam.

GJA Engineering pula dimiliki 100 peratus Bumiputera dan sejak tiga tahun lalu, syarikat ini terbabit dalam membangunkan projek ‘reka dan bina’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wessex Water pula syarikat berpangkalan di United Kingdom yang terbabit merawat air kumbahan di kawasan seluas 10,000 kilometer persegi di barat daya England.

Air yang dirawat itu dibekalkan kepada 1.25 juta pengguna atau 353 juta liter air sehari.

Dengan kerjasama dengan syarikat tempatan, i-Berhad, Wessex Water i-Berhad Consortium ini dijangka menghasilkan keputusan yang positif. Sementara DPZ Asia Sdn Bhd pula pakar dalam bidang perancangan serta rekaan dan telah terlibat dalam banyak projek mega di seluruh dunia.

Kerajaan Selangor yakin empat syarikat ini akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan untuk memastikan projek ini berjaya. Ini adalah projek usahasama kerajaan dan swasta atau Public-Private Partnership (PPP).


Pakar teknikal berpengalaman yang mewakili empat syarikat ini akan membentuk Sekretariat Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang bersama-sama kerajaan negeri Selangor.

Projek ini akan menjadikan Sungai Klang bersih pada masa akan datang dan menjadikan kawasan tebing sungai serta kawasan sekitarnya sesuai untuk pembangunan ekonomi dan pusat komuniti.

Kerajaan Selangor komited untuk menjadikan Sungai Klang sebagai harta yang berharga kepada ekonomi dan rakyat negeri ini. Sebanyak RM 10billion bagi memulihara dan mengindahkan Sungai Klang hingga layak dikategorikan dalam kelas kedua.


Sungai Klang kini dalam kategori lima dan menjadi antara sungai terkotor di negara ini sejak pemerintahan Umno-BN lagi tetapi bakal dikategori dalam kelas dua selepas pelaksanaan beberapa program.


Antara program itu ialah pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab dan usaha menaik taraf dan menggantikan aset air.

Kesungguhan kerajaan Selangor terserlah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengetuai pogram Menyusuri Sungai Klang yang bermula dari Pengkalan Batu, Klang hingga Seksyen 24, Shah Alam.


Turut serta bersama beliau dalam program tersebut ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), wakil Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


“Selama ini, kita tidak mengetahui kita mempunyai aset yang begitu berharga iaitu sungai yang suatu ketika dulu merupakan pusat pengembangan ekonomi yang ada tapi yang menyedihkan apabila bila menyusuri sungai, kita lihat aset ini diabai,” katanya.

Program ini mendedahkan komuniti setempat tentang fizikal Sungai Klang dan meninjaun kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan, selain menanam sifat cintakan sungai.

Malah, Sungai Klang, masalah warisan Umno BN mampu menjadi wadah rangsangan ekonomi jika diurus dengan baik dan bijak.

“Ini adalah bahagian daripada amanah yang perlu dijaga untuk anak cucu yang akan datang. Ia juga boleh dijadikan sumber ekonomi. Tidak salahlah jika saya sebutkan kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memilih sungai sebagai salah satu rangsangan ekonomi yang akan mengembalikan kegemilangannya,” kata beliau.

Pn. Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11, yang hadir dalam majlis anugerah pelajar cemerlang menyatakan kesyukuran kerana rakyat selangor kini telah mendapat nikmat yang diperolehi setelah PR memerintah.

Bukan setakat Harga Bekalan Air, Elektrik sahaja diturun malahan diberikan berbagai-bagai manfaat seperti dalam manisfesto dinyatakan dalam PRU yang lalu. Hari ini kita juga mendapat informasi terkini dan mengembirakan rakyat selangor seperti yang diwawarkan oleh YB Dato’ sebentar tadi.

Ini menunjukkan pemerintahan Negeri PR adalah jujur, cekap dan bersih dalam segala pengurusan pentadbiran ekonomi. Begitulah juga pentadbiran PAS/PR di Kaw. Gombak di bawah Adun Gombak Setia menunjukkan sikap yang adil, amanah dalam pentadbirannya.


Alhamdulilah semenjak pemerintahan PR di DUN Gombak Setia setiap tahun kita meraikan kejayaan semua para pelajar di Daerah Gombak Setia tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemikiran politik yang berbeza, ini menunjukkan inisatif yang sangat baik.


Semoga Kerajaan PR akan terus mentadbir negeri selangor dengan sokongan semua rakyat insya-ALLAH, ujarnya selepas tamat pemberian sijil anugerah kepada para pelajar.




TAHNIAH & SYABAS BUAT SEMUA PELAJAR,

"BELAJAR HARI INI UNTUK KEJAYAAN HARI ESOK :)"