Rabu, 18 November 2009

Permohonan Premis Perniagaan Baru MPS pasangan OKU





16hb November, 2009 - Gombak, Pasangan OKU iaitu En. Azman Bin Tain & Mariam Bee Bte Abd Samad telah menghadirkan diri di Pejabat Ahli Majlis JKP Zon 11, Tmn Selasih Fasa 2 dengan tujuan ingin meminta kerjasama dan sokongan daripada Pn . Khatifah Zamani Binti Sulong untuk memohon Premis Perniagaan Baru - Medan Niaga MPS dipersekitaran Gombak.




Sebelum ini En. Azman dan isterinya telah membuka perniagaan Jahitan di Tmn Samudera tetapi atas masalah peribadi maka beliau ingin menutup perniagaan di Tmn Samudera dan ingin membuka perniagaan di tempat lain. Beliau amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu mereka menguruskan permohonan ini secepat mungkin dengan memberi surat sokongan untuk dikemukakan kepada pihak MPS.

Menurut Pn. Khatifah sebagai Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11 beliau akan cuba membantu penduduk secara adil dan mengikut kelayakan yang ada pada mereka berdasarkan masalah yang dihadapi dan hak keistimewaan OKU.

Tindakan yang telah di ambil oleh Pn. Khatifah dengan mengeluarkan surat sokongan premis perniagaan baru yang dipohon oleh mereka dan beliau telah menghantarkan permohonan tersebut ke MPS pada mesyuarat Kemasukan Gerai MPS pada 17hb November, 2009 dan salinan tersebut telah diberi Yb Dato' Hasan Bin Mohamed Ali dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan ini dengan tidak merasakan diri mereka terasing sebagai warga OKU.




"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan