Jumaat, 6 November 2009

Mesyuarat Pengerusi-pengerusi & Setiausaha Surau Dun Gombak Setia



051120091409


05hb November, 2009 -Mesyuarat Pengerusi & Setiausaha Surau Dun Gombak Setia telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia yang telah dipengerusikan oleh En Radhi Yusof bagi menggantikan Yb Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut kerana beliau menghadiri mesyuarat penting.

Turut menghadirkan diri dalam mensyuarat ini adalah pengerusi – pengerusi, setiausaha Masjid seramai 28 orang. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai :-

i) Prasarana dan kemudahan yang lengkap – Dewan solat muslimin & muslimat yang lengkap, tempat wudhu & tandas, Sistem Audio visual, dan lain- lain keperluan;

ii) Kecerian dan kebersihan surau – Warna cat, hiasan dalaman (Al-Quran, Rak Al-Quran, papan kenyataan, panduan waktu solat dan lain-lain;

iii) Mengadakan sistem pengajian yang teratur, lengkap dan meliputi segenap aspek – Kuliah Magrib mengikut silibus (Berkitab), Kuliah Subuh Dhua, Kelas, Al-Quran dan lain-lain kelas pengajian ISLAM; dan

iv) Mengadakan program-program hari kebesaran ISLAM – Ma’al Hijrah, Maulidul Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain.


051120091410

Dan berbagai perkara berbagkit dan cadangan telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Semoga usaha yang murni ini diberkati ALLAH swt bagi mengimarahkan Masjid & Surau, insya-ALLAH.





Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan