Isnin, 16 November 2009

Lawatan Ziarah Pn Rahmah Bt Wahab di Kg Tengah 2, Bt 6 Gombak

DSCN0688


15hb November, 2009 – Gombak, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah membuat lawatan ziarah kepada seorang warga emas (Pn. Rahmah bt Wahab berusia 86thn. Beliau tinggal di Kg. Tengah 2, Bt. 6 Gombak. Beliau telah terlantar sakit selama 6thn kerana sakit tua. Pn. Rahmah mempunyai 4 orang anak (2 orang lelaki dan 2 orang anak perempuan ) yang telah menjaga beliau secara bergilir-gilir. Tujuan membuat lawatan adalah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Adun Gombak Setia kepada masyarakat.

Sedikit suntikan rohani pada kita dalam diberi ujian kesihatan. Sesungguhnya Allah Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bagi umat Islam yang beriman dengan Qadak dan Qadar, ujian yang diberikan bukan tanda Allah benci tetapi merupakan tanda kasih sayang Allah. Sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Doa ialah senjata orang mukmin. Jangan berhenti berharap dengan pertolongan dan petunjuk daripada Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa-apa yang baik dan buruk untuk kita. Hanya keredhaan-Nya yang kita dambakan. Apabila ALLAH beri kita sakit maka itu tandanya kasih sayang ALLAH pada hambanya kerana ALLAH ingin uji iman kita dalam hadapi kesakitan adakah hambanya akan mengingatiNya dan bersabar dalam ujian diberi. Redha/ tidak? Ujian kesakitan merupakan kifarah/penghapus dosa kita selagi tidak melakukan dosa-dosa besar. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa redha diatas apa yang ALLAH swt sudah tetapkan dalam kehidupan kita. waallahhualam.

KOLEKSI FOTO


DSCN0684







DSCN0685


Pertemuan Yb Dato’ Hasan Bersama anak-anak Pn. Rahmah.



DSCN0689



DSCN0692


Keperihatinan Yb Dato’ dengan melihat dokumen perubatan Pn. Rahman

Editor : Khaulah Azwar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan