Rabu, 9 Disember 2009

Tanah Runtuh-Amaran ALLAH pada kita sedikit demi sedikit


Gombak – Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia lebih – lebih lagi apabila musim hujan yang tidak menentu mudah berlakunya kehakisan tanah.


Baru-baru ini, kita baru saja dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di beberapa tempat seperti di Jln Selayang-Rawang, Tmn Jasa Utama Ulu Yam Bt Caves, Jambatan Runtuh di Kg Laksamana mengegarkan ketenangan kepada penduduk kawasan tersebut. Selepas menerima maklumat tersebut kakitangan MPS bersama Ahli Majlis setiap zon telah membuat lawatan ditempat kejadian. Belum sempat kita tenangkan hati dengan musibah yang berlaku tiba-tiba kita digemparkan lagi satu kawasan tanah runtuh di Kawasan Pinggiran Batu Caves, Gombak.


Selaku Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia Fasa 3, En. Kwong telah terpanggil untuk menjalankan tangungjawabnya dengan membuat lawatan di Tmn Astana Gemilang, Pinggiran Batu Caves disini petang semalam bersama 3 orang kakitangan MPS, JKP Zon 8 dan YB. Lim Ching How. Tujuan lawatan adalah untuk melihat tempat kejadian tanah runtuh dan untuk diambil tindakan susulan.

Menurut En. Kwong & kakitangan MPS mereka menyatakan punca berlakunya kawasan tanah runtuh ini adalah disebabkan:-

  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai


Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada “foundation” sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus ajab pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

En. Kwong menasihati kepada semua penduduk sekitar terbabit agar behati-hati untuk melalui kawasan tersebut dan menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah. Setakat ini tiada kemalangan yang berlaku keatas penduduk di sekitar berkenaan. Beliau akan memanjangkan masalah ini kepada YB Dato’ Hasan untuk tindakan selanjutnya.

Santapan rohani untuk kita renungi bersama sedar/tidak tepuk dada tanyalah iman kita. Allah berfirman mafhumnya “apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri (lebih dahulu) kami suruh orang mewah (supaya taat kepada ALLAH), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa siksaan, lalu kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya.”

{ Surah Al-Isra 16:17}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan