Jumaat, 2 April 2010

Kaum India sentiasa menyokong PR Gombak

Gombak - PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11, telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di Zon 11 di dalam satu majlis Ramah Mesra dan penerangan diadakan di Flat Tmn Samudra baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia. Turut Hadir bersama Pn. Khatifah Zamani Bt. Sulong Ahli Majlis MPS Zon 11 dan Tn. N. Gopalan Krishnan a/l Rajoo Ahli Majlis MPS Zon 15.

Tn. N. Gopalan turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India yang hadir.

N. Gopalan mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India dapat dibela .

Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat akan terus bertahan untuk memerintah negeri ini apabila pilihan raya PRU ke 13 akan diadakan, dan DUN Gombak Setia juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Timb. Ketua Muslimat PAS Kaw. Gombak mewakili pimpinan PAS Kawasan Gombak, mengucapkan syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kita dapati sokongan rakyat disini sentiasa diberi dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKP Zon 11, terima kasih atas segala sokongan padu dan segala kerjasama diberikan.

“Semoga Kelab Penyokong PAS akan semakin bercambah di Gombak dan ditubuhkan di Zon 11 juga”, ujarnya.

Menurutnya, Kelab Penyokong PAS di Sri Gombak telah berjaya membuktikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang penubuhannya.

Beliau berharap dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS, hubungan 2 hala antara Ahli Majlis, Adun Gombak Setia bersama kaum india disini akan terus terjalin, katanya.

Sementara itu, Yb Dato’ Hassan yang telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut telah memberi penerangan kepada kaum india yang hadir mengenai Hak Keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

Beliau juga telah menyatakan bahawa, beliau telah diberi mandat oleh MB Selangor untuk mengadakan program Mikrokredit, yang akan dibangunkan Kerajaan Negeri dilihat mampu membantu golongan miskin samada dibandar mahupun pinggir bandar.

Yb Dato’ yang merupakan Jawatankuasa Khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal ISLAM, Adat -Adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri berkata, beliau yakin program ini bukan sekadar dapat membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah malah mengeluarkan golongan tersebut daripada kepompong kemiskinan.

Ujarnya lagi, insya-ALLAH beliau akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya termasuk mengadakan perjumpaan serta menysuarat dengan pihak berkenaan, Penasihat Ekonomi Menteri Besar dan Anwar Ibrahim dalam memastikan program ini memberi impak positif kearah merealisasikan negeri berkebajikan.


Beliau juga menyatakan 10% keuntungan yang diperolehi pada masa akan datang akan disalurkan kepada golongan berkenaan bagi memastikan matlamat progam tersebut menepati mengatasi masalah kemiskinan.

Pihak Kerajaan Negeri, dan semua Exco tidak mengambil sebarang keuntungan untuk kepentingan diri sendiri, keluarga/kaum kerabat melainkan pada zaman UMNO dalam 50thn memerintah segala keuntungan telah diberikan kepada kaum keluarga mereka. Ini yang amat mendukacitakan kita semua.

Selain daripada itu, YB Dato’ juga telah memberi keterangan kepada semua yang hadir mengenai kawasan perumahan Flat Samudra insya-ALLAH pihak beliau telah mengambil tindakan bersama Ahli Majlis MPS Zon 11, Exco Perumahan Pengurusan Pembangunan Bangunan dan Setinggan, Y. B Iskandar Abd Samad dan akan dilaksanakan pada bulan Jun akan datang jika peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berharap rakyat bersabar kerana peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri adalah RM200 juta dalam pakej Ransangan Ekonomi M’sia untuk tujuan itu. Ianya tidak mengcukupi kerana terdapat projek-projek perumahan yang terbengkalai hingga berlarutan lebih 20thn adalah antara angkara pemerintahan kerajaan Negeri dahulu (BN) menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah & sederhana amat teraniaya dan ditindas dengan dibebani hutang pinjaman.

Masalah tersebut telah diatasi sedikit demi sedikit oleh Kerajaan PR Negeri Selangor. Jika kita dapat selesaikan 30% daripada 144 projek tersebut dalam penggal ini, ia satu pencapaian sangat baik.

Walaubagimanapun, YB Dato’ meminta agar rakyat dapat memberi kerjasama Kerajaan Negeri dengan memberi tumpuan keselamatan kepada masyarakat terutamanya kaun ibu yang mengandung, anak-anak kecik untuk membaik pulih lif-lif yang telah rosak.

Pihak Kerajaan Negeri lebih bimbangkan keselamatan kepada ibu yang mengandung. Nyawa mereka akan terancam jika kerosakan lif tidak dapat dipulihkan. Oleh yang demikian pihak kerajaan Negeri lebih memberi keutamaan kepada kemudahan asas yang lebih diperlukan. Walaupun kawasan disini tidak mempunyai lif kerana hanya mempunyai 5 tingkat sahaja tetapi kerajaan Negeri kena memberi tumpuan kepada kawasan perumahan pangsapuri yang mempunyai puluhan tingkat, ujarnya.

YB Dato’ juga telah membuka minda kepada kaum india yang hadir dalam majlis tersebut mengenai MES, keistimewaan diberi kepada Rakyat Selangor seperti pemotongan harga bekalan air yang rendah, bantuan IPT, Bantuan Khairat Kematian dengan memperolehi RM2500 kepada pewaris, dan berbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyat selangor.

Segala usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini akan diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan penduduk negeri ini, katanya dalam ucapan majlis tersebut.

Penutup program YB Dato’ bersama saf pimpinan JKP Zon 11 dan Ahli Majlis MPS Zon 11 telah meraikan rakyat dengan makan malam bersama kaum india tidak mengira peringkat umur.

Jelas kelihatan generasi muda juga begitu ramai yang hadir untuk bersama memeriahkan suasana tersebut. YB Dato’ telah menyatakan majlis ini adalah dengan mengotakan janji beliau kepada rakyat setelah beliau memperolehi kemenangan dalam PRU 12 yang lalu.

YB Dato’ Hassan telah menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada pesakit iaitu En. Salim Senit (73thn )yang telah uzur. Majlis lawatan tersebut diiringi oleh Ahli Majlis MPS Zon 11 bersama AJK JKP yang lain.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan