Rabu, 10 Februari 2010

PERANCANGAN MENAIKTARAF TANAH TERBIAR DIJADIKAN TAPAK FUTSAL


Gombak – Untuk mencari sesuatu tempat dijadikan kawasan riadah bukan semudah itu, ia mengambil masa yang agak lama. Setelah diperhati 2x melawat kawasan yang terbiar di Kg. Kerdas, YB Dato’ Hasan telah menemui satu tapak yang sesuai untuk dijadikan padang futsal untuk kegunaan penduduk.

Lawatan YB DHMA selaku Adun Gombak Setia bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Ketua-ketua kg., baru baru ini bagi melawat kawasan di Kg Kerdas yang mengalami masalah banjir ekoran daripada pembinaan rumah dan pengalihan longkang yang mengakibat tanah terhakis.

Selain daripada itu, untuk melihat kawasan tapak futsal yang tidak dinaiktaraf dan kawasan Unit Holtikultur Hiasan & Ladskaping yang tidak diuruskan lagi.

YB DHMA, berpendapat daripada kawasan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa dibangunkan kembali lebih baik dinaiktarafkan kawasan berkenaan untuk didirikan kawasan riadah/ padang futsal untuk kegunaan masyarakat setempat, terutamanya bagi kegunaan generasi muda daripada mereka membuat aktiviti yang tidak berfaedah.

Beliau berkata ketika lawatan tersebut diadakan, dengan adanya tapak futsal insya-allah gejala sosial dikalangan anak muda akan berkurangan.

YB DHMA telah meminta pihak JPS, MPS , Pej. tanah untuk menyemak kembali siapakah pemilik tanah tersebut. Adakah tanah “reserve” /persendirian.

En. Hirman daripada JPS Gombak, telah memaklumkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan “reserve” yang dahulunya adalah dimiliki oleh JPS Wilayah. Namunpun begitu, beliau akan menyemak lebih terperinci status tanah tersebut. Laporan tersebut akan dibentangkan dalam mensyuarat bersama MPS pada minggu hadapan.

Beberapa orang penduduk dan ketua Kg yang hadir bagi meraikan kedatangan YB DHMA bersama semua pengiring beliau merasa gembira dan amat berharap kawasan tersebut dapat dinaiktaraf segera untuk kebaikan masyarakat setempat.

Editor :Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan